About COMANGO

The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process

Who are we?

The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) was formed by civil society organisations in 2008 to engage in the Universal Periodic Review (UPR) of the United Nations. It is one of the biggest civil society coalitions of its kind in the UPR process, comprising of over 40 organisations. Pusat KOMAS and Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) act as co-secretariats for COMANGO since 2018.

Siapakah kami?

Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia untuk Proses Penilaian Berkala Sejagat (COMANGO) ditubuhkan oleh organisasi masyarakat sivil pada tahun 2008 untuk melibatkan diri di dalam Penilaian Berkala Sejagat (UPR) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. COMANGO adalah antara gabungan masyarakat sivil yang terbesar di dalam proses UPR, yang merangkumi lebih daripada 40 buah organisasi. Pusat KOMAS dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) merupakan sekretariat bersama untuk COMANGO sejak 2018.

COMANGO’s Co-secretariats

Pusat KOMAS

Pusat KOMAS is a human rights non-governmental organisation set up in 1993 which advocates for democracy, equality and justice, specifically combatting racial discrimination in Malaysia. Pusat KOMAS works at states and grassroots levels with key stakeholders to raise awareness, educate and push for change that brings about equality in the nation.

The organisation also plays a supporting role to the advocacy work of the Peninsular Malaysia indigenous peoples (Orang Asli) through an ongoing relationship and collaboration with an Orang Asli network (JKOASM). The organisation is active in civil society networks at local, regional and international levels, taking on secretariat roles in CSO Platform for Reform, COMANGO, and ASEAN Peoples’ Forum (APF) Malaysia.

*

Pusat KOMAS adalah sebuah badan bukan kerajaan hak asasi manusia yang ditubuhkan pada tahun 1993 untuk tujuan memperjuangkan demokrasi, kesamarataan dan keadilan, khususnya untuk menolak diskriminasi kaum dalam Malaysia. Kerja Pusat KOMAS dengan pihak berkepentingan pada peringkat negeri dan akar umbi berfokus kepada peningkatan kesedaran, pendidikan serta perubahan yang merealisasikan kesamarataan dalam negara.

Organisasi ini juga memainkan peranan untuk menyokong kerja Orang Asli di Semenanjung Malaysia melalui hubungan dan kerjasama dengan jaringan Orang Asli yang berterusan. Organisasi ini turut giat dalam jaringan masyarakat sivil pada peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa dengan mengambil jawatan sekretariat dalam CSO Platform for Reform, COMANGO dan ASEAN Peoples’ Forum (APF) Malaysia.

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is a non-governmental organisation established in 1989 to monitor and advocate for the respect of human rights in Malaysia. Through its consistent and uncompromising work, it has established itself as one of the key human rights organisations, one to which Malaysians turn to for information and support.

The organisation defends all aspects of human rights especially civil political rights, i.e., the right to trial, freedom from abuse of police powers and law enforcement agencies; freedom of expression and information; freedom of assembly and association; freedom of religion; the right of minorities, refugees, asylum seekers, migrants and trafficked persons and democracy.

*

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1989 untuk memerhati dan menyokong ke arah penghormatan hak asasi manusia di Malaysia. Menerusi kerja mereka yang konsisten dan tanpa kompromi, SUARAM telah dikenali sebagai salah sebuah organisasi utama dalam bidang hak asasi manusia, dan juga organisasi yang dirujuk oleh rakyat Malaysia untuk maklumat dan sokongan.

Organisasi ini mempertahankan semua aspek hak asasi manusia, terutamanya hak sivik dan politik, iaitu hak untuk perbicaraan, kebebasan daripada penyalahgunaan kuasa polis dan agensi penguatkuasaan undang-undang; kebebasan berekspresi dan kebebasan maklumat; kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan; kebebasan beragama; hak-hak minoriti, pelarian, pencari suaka, migran dan orang yang diperdagangkan, dan juga demokrasi.