
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
EMPOWER systematically examines the obstacles women face and how best to empower them on an individual and systemic level, taking into account too where women are, the informal or formal sector, in order to create a critical mass of women decision-makers – especially women from marginalised communities – who will promote and mainstream the principles of gender equality and non-discrimination in an inclusive and participatory manner.
Our key strategies and activities centre around how best to include marginalized and vulnerable communities of women not only into Malaysia’s democratic spaces and processes but in creating new spaces and processes that are participatory and inclusive towards strengthening community mobilization, the fostering of coalitions and the ultimate building of movements. We therefore place great emphasis on enabling and enhancing the leadership skills of those who remain in the margins of society, specifically the indigenous women, focusing more on the issues faced by Orang Asli women (indigenous women of Peninsular Malaysia), and women from low-income and lower-middle-income groups. By working with the women from the bottom 40 per cent of the income groups of Malaysia, we directly challenge the structural inequalities and discrimination in Malaysia.
EMPOWER mengkaji halangan yang dihadapi kaum wanita secara sistematik, dan mencari jalan untuk memperkasakan mereka dari tahap individu dan tahap sistemik, dengan cara mempertimbangkan situasi wanita di dalam sektor formal atau tidak formal. Semuanya untuk membina sekumpulan besar pemimpin dan pembuat keputusan yang terdiri daripada kaum wanita, terutamanya daripada komuniti yang terpinggir. Mereka inilah yang akan menggalakkan dan mengarus perdanakan prinsip kesaksamaan gender dan anti-diskriminasi, dengan cara yang inklusif dan demokrasi penyertaan.
Strategi utama dan aktiviti kami berpusatkan tentang cara yang terbaik untuk menyertakan komuniti wanita terpinggir dan rentan, bukan sahaja dalam ruang dan proses demokrasi Malaysia, tetapi juga untuk membina ruang dan proses baru yang bersifatkan penyertaan dan inklusif, ke arah memperkuatkan gerakan komuniti, memupuk gabungan dan membina gerakan. Kami membuat penekanan untuk membolehkan dan meningkatkan kepimpinan mereka yang berada di pinggir masyarakat — terutamanya wanita Orang Asal, dengan fokus yang lebih mendalam tentang isu yang dihadapi oleh wanita Orang Asli, dan wanita daripada kumpulan pendapatan rendah dan pendapatan menengah-rendah. Dengan bekerja bersama wanita daripada taraf pendapatan 40 peratus daripada bawah (B40), kami mencabar secara terus ketidak setaraan dan diskriminasi di Malaysia.