Di dalam proses UPR yang kedua, kerajaan Malaysia telah menerima 113 cadangan dengan sepenuhnya, daripada keseluruhan 232 cadangan yang telah diserahkan kepada Malaysia daripada pelbagai negara ahli PBB di dalam proses UPR.
Cadangan yang diterima sepenuhnya
Cadangan yang diterima sebahagian dan diterima pada dasarnya
Daripada keseluruhan 150 cadangan yang diterima, 15 cadangan diterima sebahagian, dan 22 cadangan diterima secara dasar.
Cadangan yang diperhatikan
82 cadangan daripada delegasi sebaya hanya diperhatikan sahaja, daripada keseluruhan 232 cadangan. Ini bermakna, Malaysia hanya menerima 64.66% cadangan, dan penerimaan cadangan terbahagi kepada penuh, sebahagian atau secara dasar.
Merujuk kepada kategori pengukuran yang ditentukan dan digunakan oleh UPR Info, COMANGO mengenalpasti sejumlah 64 cadangan yang boleh diukur, yang boleh dinilai oleh UPR Info. Cadangan ini dibahagikan kepada Tahap 1 sehingga 5, bergantung kepada tindakan yang diperlukan
Level 1-3
Cadangan tahap 1 ke tahap 3 yang diterima merupakan cadangan yang tidak boleh diukur, yang menggesa tindakan am supaya penekanan yang berterusan dilakukan, dan hanyalah permintaan untuk mempertimbangkan perubahan.
Level 4 - 5
Tahap 4 dan 5 adalah cadangan yang memerlukan tindakan khusus, dengan perkataan seperti “memastikan, mengambil tindakan, melaksanakan atau meratifikasi”
Laporan COMANGO memfokuskan kepada tiga aspek pelaksanaan:
- Kewujudan (atau ketiadaan) perubahan undang-undang yang substantif atau polisi baru
- Amalan di tahap akar umbi
- Agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan cadangan yang diberikan