Sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia mengesahkan komitmen untuk menggalakkan dan mempertahankan hak asasi manusia seperti yang disebut di dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) 1948. Sebagai Persekutuan Tanah Melayu, negara ini menjadi ahli PBB pada tanggal 17 September 1957. Malaysia menjadi ahli PBB sejak tahun 1963.

Sebagai ahli PBB, Malaysia terlibat di dalam segala rundingan penetapan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Malaysia juga mengesahkan semua segala komitmen tidak mendiskriminasi untuk semua rakyat Malaysia ketika penggalnya sebagai ahli Majlis Hak Asasi PBB pada tahun 2009. Untuk menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia, Malaysia perlu berikrar untuk membangunkan cara yang terbaik untuk menegakkan piawaian antarabangsa hak asasi manusia. Ini bermakna, Malaysia harus komited untuk menegakkan piawaian antarabangsa hak asasi manusia, bukan sekadar di dalam arena global, tetapi juga di dalam ASEAN dan di dalam negara.

Dalam menerajui rancangan untuk negara, Malaysia telah mula mengorak langkah ke arah status negara maju pada tahun 2050. Kerajaan Malaysia percaya bahawa negara Malaysia mampu berbuat demikian melalui slogan “Daripada Rakyat Kepada Kepemimpinan” seperti yang dinyatakan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Untuk merealisasikan pertumbuhan berpusatkan rakyat, maruah kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia hendaklah ditegakkan. Oleh itu, penggalakan dan perlindungan hak asasi manusia untuk seluruh rakyat Malaysia hendaklah menjadi keutamaan kerajaan Malaysia selari dengan ayat permulaan pengantar Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR):

Sesungguhnya pengiktirafan martabat semulajadi, dan hak-hak sama-rata dan tidak dapat dipisahkan dari semua anggota keluarga manusia – adalah asas kebebasan, keadilan dan kedamaian di dunia.”

Namun, dari segi amalan, kerajaan Malaysia sering mengatakan bahawa kita masih belum bersedia dan masih berunding untuk memastikan kesediaan, jika merujuk kepada proses penandatangan dan ratifikasi baki 6 perjanjian daripada 9 perjanjian teras hak asasi antarabangsa. Jadual berikut menunjukkan bahawa  Malaysia telah menandatangi dan meratifikasi perjanjian hak asasi antarabangsa berkenaan wanita, kanak-kanak dan orang kelainan upaya. Oleh itu, Malaysia sentiasa dikritik sebagai sebuah negara yang hanya rela meratifikasi perjanjian hak asasi manusia antarabangsa dalam kategori ‘isu lembut’.

Sumber: Laman Web OHCHR (Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights)

Malaysia merupakan negara ASEAN yang menandatangani dan meratifikasi perjanjian hak asasi antarabangsa yang paling sedikit di rantau ini. Malaysia meratifikasi hanya tiga perjanjian sahaja.

Penghormatan, penggalakkan dan perlindungan hak asasi manusia bukan sekadar menandatangani dan meratifikasi perjanjian hak asasi manusia antarabangsa. Contohnya, hak untuk kesihatan terkandung di dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dan disebut di dalam pelbagai cara sebagai hak asasi asas untuk wanita, kanak-kanak dan orang kelainan upaya, di dalam ketiga-tiga perjanjian yang ditandatangani dan diratifikasi oleh Malaysia. Penjagaan kesihatan di Malaysia berada di dalam kedudukan yang ketiga seluruh dunia pada tahun 2014, tetapi ia disenaraikan berdasarkan kos yang akan ditanggung oleh orang asing di negara asal mereka, yang menikmati status pembangunan dan pendapatan nasional yang lebih tinggi berbanding dengan Malaysia. Noktahnya, kedudukan Malaysia adalah berdasarkan kemasyhuran Malaysia sebagai destinasi perlancongan perubatan, yang dibantu dengan fakta bahawa kebanyakan orang asing membayar perlindungan insurans kesihatan yang akan membayar semula atau menyelesaikan kos perjagaan kesihatan, walaupun di negara asing seperti Malaysia.

Kedudukan Malaysia dalam penjagaan kesihatan seluruh dunia juga mengambil kira nisbah bilangan pesakit kepada bilangan doktor, nisbah bilangan katil hospital kepada 1,000 orang, nisbah peratus populasi rakyat kepada kemudahan air yang selamat, kadar kematian bayi, jangka hayat dan nisbah perbelanjaan kesihatan awam kepada peratus KDNK negara. Namun, kesan perkhidmatan kesihatan swasta dalam meningkatkan taraf penjagaan kesihatan di Malaysia pada peringkat global menyembunyikan realiti pahit yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan warga miskin di Malaysia, dari segi mengakses servis penjagaan kesihatan yang tepat pada masanya, mampu milik dan berkualiti.

Kedudukan Malaysia di dalam penjagaan kesihatan global terkesan secara berterusan, menerusi reputasinya sebagai destinasi perlancongan kesihatan untuk orang asing yang lebih kaya. Hal ini memberi kesan negatif kepada situasi hak asasi manusia di atas dasar terma hak untuk kesihatan, termasuklah penjagaan kesihatan secara pencegahan. Contohnya, tiada statistik nisbah rakyat kepada jururawat, dan jururawat adalah orang yang memantau status kesihatan pesakit dan memberitahu doktor berkenaan perkembangan pesakit pada masa yang tepat. Kedudukan global itu juga tidak menjelaskan jika bajet nasional Malaysia untuk penjagaan kesihatan telah berkurangan tahun demi tahun, jika dibandingkan dengan pertumbuhan populasi Malaysia. Kekurangan akses maklumat juga menyebabkan kebebasan maklumat sebagai pembolehubah yang penting untuk memantau situasi hak asasi manusia secara dasar untuk semua rakyat Malaysia.

Hak asasi manusia sangat mustahak untuk rakyat Malaysia, kerana hak pendidikan untuk orang ramai telah terjejas. Sejak akhir tahun 90-an, Malaysia telah mengalami peningkatan trend penswastaan pendidikan tinggi. Ini boleh dilihat menerusi jumlah institusi pendidikan swasta yang meningkat kepada 485 (69 universiti, 36 kolej universiti dan 380 kolej) pada tahun 2015, berbanding dengan hanya 33 universiti awam pada tahun yang sama. Hasilnya, pelajar daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah, walaupun dengan kelayakan pendidikan yang bagus, akan menghadapi cabaran yang lebih sukar untuk mendaftar masuk pendidikan tinggi, dan pelajar daripada golongan berpendapatan tinggi mempunyai akses yang pasti kepada pendidikan tinggi.

Di Sabah, isu pelarian telah menjadi salah satu isu utama yang memerlukan tindakan mendesak dan respon daripada pemerintahan negeri dan persekutuan. Menurut laporan Al-Jazeera pada tahun 2016, Sabah mempunyai 50,000 anak-anak pelarian yang sentiasa melarikan diri, dan takut menghadapi pihak berkuasa. Anak-anak ini merupakan keturunan orang migran yang merupakan tulang belakang ekonomi Sabah, yang kebanyakannya bekerja di ladang sawit, atau pembinaan, atau industri perikanan. Namun, anak-anak ini bukan sahaja menghadapi prospek untuk dihantar pulang, mereka juga menghadapi cabaran harian untuk mendapatkan makanan, air dan sanitasi. Anak-anak ini kekurangan akses pendidikan yang paling asas, pendidikan awal dan pertengahan. Untuk memburukkan lagi isu ini, komuniti ini dipinggirkan oleh orang asal Sabah menurut persepsi biasa mereka terhadap anak-anak pelarian. Dari aspek ini, pendidikan hak asasi manusia sangat penting untuk menukar naratif dan memperkasa orang ramai dengan pengetahuan untuk menangani isu ini.